Monday, September 14, 2009

Roger & Clijsters 2009

wow! bijokkkkk!! hebat!!! panda main!!!

tidak terkata, tgk Djoker (Novac Djokovic) dilaukkan oleh Rf... bukan saja straight set kena, tp siap dgn shot2 magic dari Rf. Damn... dia sendiri ngaku tuh adalah shot terbaik yang pernah dia buat.. hahaha....

meh tgk shot ni, source : http://www.youtube.com/watch?v=Ir4YCjE26cI




ada satu lagi video aku tgh carik, Rf dan Djoker tgh main volley... last2 skali Djoker give up and tunduk tayang bontot kat federer. hahaha.

Acara wanita, mmg aku bet on Kim, apatah lagi dia dah kalahkan William Sisters, Venus dan Serena. Walaupun ade kontroversi skett during 2nd set versus Serena, kerana kelantangan mulut serena memaki hamun penjaga garisan, namun bagi aku Kim tetap mng fair and square. Memang betul2 tak sangka Kim boleh menang. Unseeded, masuk as wild card and then become champion??!! First time ever in women tennis! hahaha

and another things, hukuman terhadap misconduct serena hanya US10,500??!!
come on, USD10k tuh celah gigi die je.. bagi laa mahal skett.

more story kat sini : http://www.usopen.org/en_US/news/articles/2009-09-13/200909131252817986265.html

Official US Open website : http://www.usopen.org/en_US/index.html

ANd lastly, one of the sweet part, anak Clijsters pun tgk mama dia main kat final, comel sgt...
nnt kalo ade video aku upload, k.

cheers for Clijster & Rf.

Tuesday, September 8, 2009

US Open 2009

Hi,

Perrghh, tahun nih banyak upset berlaku... byk muka2 baru berjaya mengalahkan lawan mereka yg 'seeded'. Paling ketara acara perempuan... especially yang suka main memekak. Best2.. hahaha.

Acara wanita, bagi aku star US Open tahun ni adalah Melanie Oudin, masuk atas tiket wild card dari US, berusia17 tahun... tgk bawah ni, berapa banyak seeded player dia dah 'tebas'. Meanwhile aku happy tgk Kim clijsters kembali. Bekas pemain no satu dunia nih pun masuk atas tiket wild card, tp dia berjaya mengalahkan Venus [memekak] Williams!! hahaha..best2.

Berikut adalah Big Names yg telah out kebanyakannya tewas kepada unseeded player.
  • Dinara Safina (#1 seeded) - tewas kepada Kvitova
  • Venus Williams (3) - tewas kepada Kim Clijsters
  • Elene Dementieva (4)- tewas kepada Melanie Oudin
  • Jelena Jankovic (5) - tewas kepada Shvedova
  • Victoria Azarenka (8) - tewas kepada Schiavone
  • Ana Ivanovic (11) - tewas kepada Bondarenko
  • Nadia Petrova (13) - tewas kepada Melanie Oudin
  • Maria Sharapova (29) - tewas kepada Melanie Oudin
Bagi acara lelaki tak banyak upset, tapi yg paling upset :
  • Andy Roddick (5) - tewas kepada Isner
  • Andy Murray (2) - tewas kepada Cilic (16)
So, agak2, saper yang pegi semi final?? Ni Prediction aku...

Lelaki :

  • semi final 1
Federer vs Verdasco (kalahkan Novac Djokovic.. haha)
  • semi final 2
Nadal vs Del potro


Wanita :
  • Final
Woszniaki vs Kim Clijster (kalahkan Serena... yeahaaa)

source : http://www.usopen.org/en_US/index.html

Sunday, September 6, 2009

Bola Tampar

Hi,

Minggu lepas aku dah usha sebijik bola tampar MIKASA MVP300 kalo tak silap model dia, ade jual kat mines shopping center..Harga jauh skali beza dgn dalam website MIKASA... bola nih mmg syok main. Lembut, ringan tapi bile kena tangan bounce dia terasa. First time aku main masa wat friendly match versus UPM staff. Terasa terus je nak beli satu. tapi bila dah tgk harga kat official website Mikasa, mahaii laaa pulakss..

Alih2 jumpe kat mines nih harga dalam RM150... separuh dari harga yang di offer kat website. Huermm naper ekk?? boleh jadik murah gitu sekali?? So harapan kembali berbunga2 nak beli. Hahaha.. Tgk laa sok luse aku beli, since duit champion TM Sel 09 hari tuh masih ade baki dalam RM190 lagik.

Aku nak double check dulu ngan kedai sukan kat seksyen 15 bangi. Kalo boss dia tak bleh bagi harga lebih kurang, aku sambarrr je bola tuh. FYI, model MVP300 digunakan semasa Sukan Olimpik 2008 di Beijing...

syoknyaa.. tak sabar nak tunggu lepas raya, boleh wat inter-program tour!!
nanti aku amik gambo bola ni..

cheerss!!

Wednesday, September 2, 2009

Ping Pong

Hi,

Baru2 ni aku ade beli 2 keping rubber ping pong, brand Butterfly, jenis Tackiness Drive, depan dan belakang. Pasal aku main cara shakehand. Konon2 macam pro laa kan, siap ade costum racket..huermm. Tapi masalah aku kali nih, nak pilih blade mana yang sesuai dgn rubber pilihan aku ni.

Akhirnya aku berjumpa sifu aku, halim, tanya camana nak pilih blade. So dia suggest pegi laa ke website www.butterfly.com. Carik jenis rubber yg aku beli tuh, pastu tengok speed, spin and density rubber tuh dan match kan dgn blade yang bersesuaian di graf blade matrix yang disertakan.

Untuk mendapatkan graf tuh, kita kena klik :
blade shakehand > blade performance PDF > open atau download.

Contoh :
  • rubber Tackiness Drive , Speed = 8.5
  • matchkan mana2 blade yang berada dalam range 8.5 Speed
  • kita akan dapati beberapa jenis blade yang disarankan seperti Grubba, Micheal Maze, dsb.
  • pilihlah salah satu blade berdasarkan kemampuan anda, pasal ada berharga agak mahal, sedangkan anda hanya bermain peringkat opis je..kekekeke
  • semakin kekanan graf semakin tinggi nilai control dari blade ni.
Kalo anda dah bosan bermain ready-made nye bat ping pong, asyik kantoi je ambil bola screw, spin, loop, chop, dll, bacalah, kot2 ada kegunaannya.



niler rubber yg aku beli ^ .
source : http://www.butterflyonline.com/images/catalog/zoom/TD19B.jpg
hahaha, promote.. promote!

cheers!

Tuesday, September 1, 2009

Tennis

Hi,

Akhirnya Roger Federer berjaya menjadi pemain pertama memenangi 15 kejohanan grand slam. Secara tak langsung mengalahkan all time 14 grand slam record yang dipegang oleh Pete Sampras. Lama juga aku perhati gaya permainan Federer nih. Top spin single backhand dia yang paling aku berkenan. Walaupun sebenarnya bagi aku Justine Henin punya backhand, paling cantik. Puas aku praktis, lama2 aku jumpa kaedah terbaik, itupun setelah melihat video kat you tube. Kalo ade masa nnt aku bagi link video tuh, atau aku letak kat sini.

video : [cara pakcik botak nih ajo best, clear]



US Open 2009 dah nak start, agak2 saper la yg boleh menghalang Federer dari memburu kejuaraan ke 16? Nadal baru je baik dari kecederaan. Novac Djokovic pun baru je kalah baru2 nih ngan Federer? Andy Murray pun belum mencapai tahap 'dewa' sehingga mampu menggugat Federer. Harap2 akan ade pencabar selain top 4 nih yang mampu menghalang kemaraan Federer. Takkan dia je nak menang? Nnt jadik macam F1 zaman 'Schuey'. 7 kali World Champion. Boring... haha

Bagi acara wanita, aku harap Maria Sharapova tak menang. Bukan apa, aku tak gemor die bertempik setiap kali memukul bola. Macam apa tah. Yep, tak salah menjerit, tapi takyah lah grunting sebegitu rupa. Sikit2 bunyi standard laa. Nih macam kena belasah beramai2 je. Sorang lagik aku tak gemor si Venus William. Nih pun kaki jerit gak... huerm.

Nak je aku cadang ITF atau saper2 laa yg kena mengena ngan tennis nih untuk buat new regulation :
  • Setiap jeritan yg melebihi nilai dBm tertentu dikira faul, dan mata berikut diberi kepada lawannya.
  • Jika pihak lawan mengadu kepada umpire diatas jeritan (grunting) pihak lawan yang menggangu dia, maka dia akan diberi amaran, atas budi bicara umpire. Cukup 3 kali tolak mata.
Hahahaha Kejam! Kejam!

Online Game

Hi,
  • Anda peminat online game?
  • Apakah favourite online game anda?
  • Agak2 dalam sehari berapa jam anda allocate waktu untuknya?
  • Agak2 ade ke orang berumur melebihi 30 an bermain online game?

Test

Hi,

Baru start dan masih mencari idea & ilham