Sunday, November 8, 2009

Badminton : Ptg Nih Prec. 11

Hi,

Petang nih, badminton mcm biasa. Saper2 free jom meramaikan majlis. Hari ni kita cuba tempat baru since KKC dah penuh. Kita try kat KJP Prec. 11. Munggu lepas rugi cenggitu je, pasai tak cukup korum.. aku pulak sakit perut cirit-birit...

Hehehe...

lawatan dah dilakukan, rase2nya tempat nih lagik syok kalo nak main. Kemudahan lain pun ok.. court tennis, pool (under maintenance) toilet, surau dll. Cuma kau tak nampak orang jual air je... hahaha.. mungkin kena bawak sendirik kot.

Kalo ok, kengkawan semua setuju, aku cadang stay je main kat sini... tgk laa apa pendapat geng2 lain nnt.

Volleyball : Bomba Cyberjaya

Hi,

Ok, since minggu lepas dah berjaya join krew2 bomba main volleyball, rasenya best pulak kalo dpt main ptg2 ngan derang nih. tournament pun dah dekat, 12 Nov 09 nih dateline.. Borang tak anto lagik.. entahlerr...

Harap2 geng2 vb masih bersemangat nak main. Aku nampak masing2 sibuk je ngan kerja masing2. Takkan lak aku sorang je beriya2. Kang tadek sambutan penat je yang dapat. Tapi derang nih kalo tadek yg gerakkan mampuih nak main... almaklumlah dah otai kat sini... ahaksss

so tgk laa guane2...

Thursday, October 1, 2009

Malaysia Open 2009

Hi,

Tak sangka Mesia berjaya menganjurkan Tenis bertaraf ATP. Kira dah ade dalam schedule World Tour. Tahniah kepada penganjur. Tahun ni senarai pemain yang hadir pun kira top notch jugak cam Davydenko, Verdasco, Berdych, Hewitt, Dent, Baghdatis, Gasquet, Monfils... fuhh nama2 besar tuh. Memang teringin sangat nak tengok derang nih secara live especially Verdasco. Aku minat tgk mamat tgn kidal nih main. Sejak dia main 5 setter masa lawan ngan Nadal kat Australia Open 2009, aku rase mamat game mamat nih memang ade quality.

Skang dia tgh lawan K Beck, fisrt set menang 6-4. Hahaha, live dari Astro. Pg tadi member aku tanya, hang tak pi tengok ka? dia siap tunjuk tiket tuh. Hahaha... betui gak kan. Dah sampai pun depa nih, tak payah pegi Roland Garros, Wimbledon, Rod Laver Arena or Flushing Meadows nak tgk star2 ni main... Haha... tiket pun tak mahai mana dalam RM30. Lah habaq kalu nak pi dekat lagik dalam RM48. Camni ada can la aku pi tgk final nnt.

Sambutan penonton aku rasa kurang sket.. tak penuh macam tengok badminton. Ye la, player mesia yg main pun masuk ataih tiket wildcard je..tadak ranking. Tapi tak pa laa, kira macam pendedahan la tuh. Lama-lama nanti harap2 berputik laa harapan kot. Hadiah kejohanan aku nampak macam Satria Neo je tuh.. mesti full spec giler2 nyee kan? hhaha..

ok laa, tahniah mesia. Aku bangga kita leh anjur ATP Series dan semoga berterusan .

Chioww

Monday, September 14, 2009

Roger & Clijsters 2009

wow! bijokkkkk!! hebat!!! panda main!!!

tidak terkata, tgk Djoker (Novac Djokovic) dilaukkan oleh Rf... bukan saja straight set kena, tp siap dgn shot2 magic dari Rf. Damn... dia sendiri ngaku tuh adalah shot terbaik yang pernah dia buat.. hahaha....

meh tgk shot ni, source : http://www.youtube.com/watch?v=Ir4YCjE26cI




ada satu lagi video aku tgh carik, Rf dan Djoker tgh main volley... last2 skali Djoker give up and tunduk tayang bontot kat federer. hahaha.

Acara wanita, mmg aku bet on Kim, apatah lagi dia dah kalahkan William Sisters, Venus dan Serena. Walaupun ade kontroversi skett during 2nd set versus Serena, kerana kelantangan mulut serena memaki hamun penjaga garisan, namun bagi aku Kim tetap mng fair and square. Memang betul2 tak sangka Kim boleh menang. Unseeded, masuk as wild card and then become champion??!! First time ever in women tennis! hahaha

and another things, hukuman terhadap misconduct serena hanya US10,500??!!
come on, USD10k tuh celah gigi die je.. bagi laa mahal skett.

more story kat sini : http://www.usopen.org/en_US/news/articles/2009-09-13/200909131252817986265.html

Official US Open website : http://www.usopen.org/en_US/index.html

ANd lastly, one of the sweet part, anak Clijsters pun tgk mama dia main kat final, comel sgt...
nnt kalo ade video aku upload, k.

cheers for Clijster & Rf.

Tuesday, September 8, 2009

US Open 2009

Hi,

Perrghh, tahun nih banyak upset berlaku... byk muka2 baru berjaya mengalahkan lawan mereka yg 'seeded'. Paling ketara acara perempuan... especially yang suka main memekak. Best2.. hahaha.

Acara wanita, bagi aku star US Open tahun ni adalah Melanie Oudin, masuk atas tiket wild card dari US, berusia17 tahun... tgk bawah ni, berapa banyak seeded player dia dah 'tebas'. Meanwhile aku happy tgk Kim clijsters kembali. Bekas pemain no satu dunia nih pun masuk atas tiket wild card, tp dia berjaya mengalahkan Venus [memekak] Williams!! hahaha..best2.

Berikut adalah Big Names yg telah out kebanyakannya tewas kepada unseeded player.
  • Dinara Safina (#1 seeded) - tewas kepada Kvitova
  • Venus Williams (3) - tewas kepada Kim Clijsters
  • Elene Dementieva (4)- tewas kepada Melanie Oudin
  • Jelena Jankovic (5) - tewas kepada Shvedova
  • Victoria Azarenka (8) - tewas kepada Schiavone
  • Ana Ivanovic (11) - tewas kepada Bondarenko
  • Nadia Petrova (13) - tewas kepada Melanie Oudin
  • Maria Sharapova (29) - tewas kepada Melanie Oudin
Bagi acara lelaki tak banyak upset, tapi yg paling upset :
  • Andy Roddick (5) - tewas kepada Isner
  • Andy Murray (2) - tewas kepada Cilic (16)
So, agak2, saper yang pegi semi final?? Ni Prediction aku...

Lelaki :

  • semi final 1
Federer vs Verdasco (kalahkan Novac Djokovic.. haha)
  • semi final 2
Nadal vs Del potro


Wanita :
  • Final
Woszniaki vs Kim Clijster (kalahkan Serena... yeahaaa)

source : http://www.usopen.org/en_US/index.html

Sunday, September 6, 2009

Bola Tampar

Hi,

Minggu lepas aku dah usha sebijik bola tampar MIKASA MVP300 kalo tak silap model dia, ade jual kat mines shopping center..Harga jauh skali beza dgn dalam website MIKASA... bola nih mmg syok main. Lembut, ringan tapi bile kena tangan bounce dia terasa. First time aku main masa wat friendly match versus UPM staff. Terasa terus je nak beli satu. tapi bila dah tgk harga kat official website Mikasa, mahaii laaa pulakss..

Alih2 jumpe kat mines nih harga dalam RM150... separuh dari harga yang di offer kat website. Huermm naper ekk?? boleh jadik murah gitu sekali?? So harapan kembali berbunga2 nak beli. Hahaha.. Tgk laa sok luse aku beli, since duit champion TM Sel 09 hari tuh masih ade baki dalam RM190 lagik.

Aku nak double check dulu ngan kedai sukan kat seksyen 15 bangi. Kalo boss dia tak bleh bagi harga lebih kurang, aku sambarrr je bola tuh. FYI, model MVP300 digunakan semasa Sukan Olimpik 2008 di Beijing...

syoknyaa.. tak sabar nak tunggu lepas raya, boleh wat inter-program tour!!
nanti aku amik gambo bola ni..

cheerss!!

Wednesday, September 2, 2009

Ping Pong

Hi,

Baru2 ni aku ade beli 2 keping rubber ping pong, brand Butterfly, jenis Tackiness Drive, depan dan belakang. Pasal aku main cara shakehand. Konon2 macam pro laa kan, siap ade costum racket..huermm. Tapi masalah aku kali nih, nak pilih blade mana yang sesuai dgn rubber pilihan aku ni.

Akhirnya aku berjumpa sifu aku, halim, tanya camana nak pilih blade. So dia suggest pegi laa ke website www.butterfly.com. Carik jenis rubber yg aku beli tuh, pastu tengok speed, spin and density rubber tuh dan match kan dgn blade yang bersesuaian di graf blade matrix yang disertakan.

Untuk mendapatkan graf tuh, kita kena klik :
blade shakehand > blade performance PDF > open atau download.

Contoh :
  • rubber Tackiness Drive , Speed = 8.5
  • matchkan mana2 blade yang berada dalam range 8.5 Speed
  • kita akan dapati beberapa jenis blade yang disarankan seperti Grubba, Micheal Maze, dsb.
  • pilihlah salah satu blade berdasarkan kemampuan anda, pasal ada berharga agak mahal, sedangkan anda hanya bermain peringkat opis je..kekekeke
  • semakin kekanan graf semakin tinggi nilai control dari blade ni.
Kalo anda dah bosan bermain ready-made nye bat ping pong, asyik kantoi je ambil bola screw, spin, loop, chop, dll, bacalah, kot2 ada kegunaannya.



niler rubber yg aku beli ^ .
source : http://www.butterflyonline.com/images/catalog/zoom/TD19B.jpg
hahaha, promote.. promote!

cheers!